Jangan Sekalipun Lupa Hari Kebangkitan Dan Perhitungan Adalah Pasti Terjadi

Dan sesungguhnya hari Kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur. (Surah al-Hajj: 7)

Sekarang, berhenti seketika dan lihat jam tangan kita. Setiap minit berlalu, kita sedang menuju ke arah saat terakhir. Saat yang mana kita akan kembali kepada Tuhan dan buku amalan kita. Masa yang sudah ditetapkan itu pasti datang. Saat itu bukanlah boleh dijangka, dimana ketika roh akan dicabut oleh malaikat maut. Selepas itu, kita akan tiba di Hari Kebangkitan. Segala perkara dunia akan menjadi tidak signifikan dan kita akan melihat dengan jelas yang apa yang paling penting adalah ketakwaan dan redha Allah.

Jadi, kita masih mempunyai waktu, jangan lupa untuk membuat persedian untuk hari kebangkitan, apabila segala di dunia akan hilang dan manusia akan dibangkitkan dari kubur masing- masing untuk menerima buku catatan amalan daripada Tuhan mereka.

Pada hari itu, setiap perbuatan yang dilakukan semasa hidup akan jelas. Sesiapa yang membuat kebaikan akan diberi ganjaran penuh, manakala barang siapa yang berbuat keburukan akan berharap yang mereka dijauhkan daripada perbuatan salah mereka. Seorang diri di hadapan Allah, manusia akan dihakimi dengan adil dan tidak sedikit pun dizalimi.

Masa terus semakin hampir dengan Hari Pembalasan. Mereka yang tidak mengendahkan amaran-amaran Allah tetapi hanya mengikut keinginan dan hawa nafsu berada dalam kerugian yang besar. Perkara ini dinyatakan didalam al-Qur'an sebagai berikut:

Telah dekat kepada manusia hari menghisab amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al-Quran pun yang baru (diturunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main. (Surah al-Anbiya': 1-2)

Jangan sesekali lupa bahawa Hari Perhitungan ini bergegas datang kepada kita, dan pada hari itu Allah akan memberitahu kita segala amalan kita, samada yang kita ingat atau lupa.

Pada hari itu, segala amalan seseorang yang disimpan di dalam rekod Allah akan dipersembahkan kepadanya. Segala fikiran, perbuatan, termasuklah perkara yang sudah dilupainya akan menjadi terang. Sesungguhnya, al-Qur'an memberitahu kita bahawa semua perkara yang dilakukan seseorang direkodkan termasuklah butir-butir yang kecil:

Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan. Dan segala (urusan) yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis. (Surah al-Qamar: 52-53)

Manusia sentiasa lupa, tetapi Allah tidak pernah lupa atau tersilap. Oleh itu, orang yang bersalah tidak boleh menjauhkan dirinya daripada kesalahannya. Dia mungkin lupa satu perkataan yang tidak disukai Allah yang diucapkannya 10 tahun lepas atau idea kotor yang melintasi fikirannya. Tetapi Allah yang Maha Berkuasa akan mengingatkan dia akan kata-katanya dan fikiran-fikirannya pada Hari Perhintungan:

Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui,” Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (di mukanya) begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hambaNya. (Surah Al 'Imran: 29-30)

Pada hari itu, Allah akan membangkitkan mereka semua dan Dia akan memberitahu mereka tentang amalan-amalan mereka.

Allah mengumpulkan (mencatat) amal perbuatan itu, padahal mereka telah melupakannya. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. (Surah al-Mujadala: 6)

Jangan sesekali lupa bahawa Allah Yang Maha Melihat segala-galanya, tidak pernah lupa dan tidak pernah tersilap, akan menunjukkan kita semua amalan dan fikiran kita pada hari itu.

Lupa bahawa seseorang itu akan dikehendaki bertanggungjawab di atas kelakuannya, setiap perbuatan yang dilakukan dalam kejahilan ini sudah tentu akan membawa kekecewaan dan penyesalan yang tidak dapat dibendung. Tiada apa lagi yang dia lupa di dalam hidup ini yang boleh membawa kepada hukuman yang pedih. Oleh itu, jangan sesekali lupa perkara ini, sesuatu yang boleh merosakkan kehidupan kita di akhirat, kerana itu adalah dosa yang besar yang dilakukan terhadap Allah.

...Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan. (Surah Sâd: 26)

Al-Qur'an mengandungi penerangan yang jelas tentang Hari Kiamat supaya manusia sedar tentangnya. Hari Kiamat ialah hari ketika semua benda akan menjadi tidak penting. Sebagaimana Allah memberitahu kita, , "...maka waktu itu adalah waktu (datangnya ) hari yang sulit, bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah." (Surat al-Muddaththir: 9-10)

Apabila sangkakala ditiup, dunia kebendaan akan berakhir dan Hari Kiamat akan bermula. Walaupun gempa bumi yang kecil memaksa manusia keluar daripada rumah masing-masing dalam ketakutan, manusia pada hari itu akan menyaksikan gegaran yang menakutkan yang akan menggoncangkan gunung-gunung yang utuh. Ayat ke-6 dalam surah al-Qamar menerangkan hari itu sebagai

...Hari ketika seorang penyeru (malaikat) menyeru kepada sesuatu yang tidak menyenangkan (hari pembalasan).

...Apabila lautan dipanaskan. (Surah at-Takwir: 6)

...Dan apabila bulan telah hilang cahayanya, dan matahari dan bulan dikumpulkan, (Surah al-Qiyama: 8-9)

...Dan dibukalah langit, maka terdapatlah beberapa pintu, (Surah an-Naba': 19),

...Dan apabila gunung-gunung telah dihancurkan menjadi debu(Surah al-Mursalat: 10),

...Dan apabila gunung-gunung seperti bulu yang dihamburkan(Surah al-Qari'a: 5),

… Tidak ada sedikitpun kamu lihat pada tempat yang rendah dan yang tinggi-tinggi (Surah Ta Ha: 107).

Apabila sangkakala ditiup pada kali kedua, manusia akan dibangkitkan dan dikumpulkan untuk bertanggungjawab terhadap amalan-amalan mereka.

Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusan masing-masing). Dan terang benderanglah bumi (padang mahsyar) dengan cahaya (keadilan) Tuhannya; dan diberikanlah buku (perhitungan perbuatan masing-masing) dan didatangkanlah para nabi dan saksi-saksi dan diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dirugikan. (Surah az-Zumar: 68-69)

Sambil menundukkan pandangan-pandangan mereka dari kuburan seakan-akan mereka belalang yang berterbangan, mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu. Orang-orang kafir berkata, “Ini adalah hari yang berat,” (Surah al-Qamar: 7-8).

Bahkan bahawa Kami sekali-kali tidak akan menetapkan bagi kamu waktu (memenuhi) perjanjian (Surah al-Kahf: 48)

Pada hari itu manusia berkata, “Kemana tempat lari?” Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung. Hanya kepada Tuhanmu sajalah pada hari itu tempat kembali. (Surah al-Qiyama: 10-12)

Apabila Hari Kiamat tiba, mereka yang percaya bahawa mereka tidak akan dibangkitkan semula dan kematian hanyalah tidur yang berkekalan, akan sedar bahawa amaran-amaran Allah adalah benar:

(Orang-orang kafir) berkata: “Apakah sesungguhnya kamu benar-benar dikembalikan kepada kehidupan yang semula? Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kami telah menjadi tulang belulang yang hancur lumat?” (Surah an-Nazi'at: 10-11)

Pada Hari Pembalasan, orang-orang yang beriman dan tidak beriman dapat dikenalpasti dengan jelas. Kegembiraan orang-orang yang beriman akan terpancar jelas pada wajahnya, manakala wajah-wajah mereka yang tidak beriman akan sedih.

Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat. Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram, mereka yakin bahawa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dasyat. (Surah al-Qiyama: 22-25)

Pada hari itu, mereka yang sedar bahawa mereka akan bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya, dan oleh itu menjual kehidupan dunia untuk kehidupan akhirat akan menerima buku amalan mereka daripada tangan kanan. Mereka dengan hati yang jelas melakukan perbuatan-perbuatan baik untuk mendapatkan keredhan Allah akan berkata dengan gembiranya “Ini ialah Buku saya!”. Sebagai balasan terhadap pengabdian mereka, mereka akan mencapai kebahagian yang abadi.

Dia yang menerima buku amalannya daripada kiri, walau bagaimanapun, akan berasa menyesal dan sedih yang berterusan kerana tidak mengendahkan Hari Perhitungan, dan akan berkata “Adapun orang yang diberikannya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: “Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepada kitabku (ini), Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku,” (surah al-Haqqa: 25-26) Sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat-ayat itu, hidupnya akan menjadi gelap dan sempit, wajahnya akan suram dan diselubungi debu, tertutup dalam kegelapan. Allah akan mengumpulkan mereka pada Hari Perhitungan, dengan wajah yang rata, buta, pekak dan bisu (Surah al-Isra': 97). Ucapan mereka yang dibangkitkan buta kerana tidak mengingati Allaah adalah seperti berikut:

Berkatalah ia: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan." (Surah Ta Ha: 125-126)

Untuk mengelakkan diri kita daripada berada di dalam situasi itu pada Hari Perhintungan, ingatlah, bahawa kita perlu mendapatkan keredhaan Allah sepanjang hidup kita.

Ia adalah suatu hari apabila setiap orang, kecuali mereka yang disayangi Allah, akan ketakutan. Orang yang bersalah akan menyalahkan sesama mereka dan berasa kesedihan yang tidak terbendung. Pada hari tu, hanya mereka yang ikhlas mengikuti perintah Allah tidak berasa takut. Semakin seseorang itu tidak mempedulikan Hari Kiamat dan bersedia menghadapinya semasa di dunia, semakin takut dia berasa pada hari itu. Allah mengingatkan kita betapa dahsyatnya hari itu seperti berikut:

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dasyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras. (Surah al-Hajj: 1-2)

Ingatlah bahawa tiada siapa yang akan risaukan tentang sahabatnya pada hari tersebut. Tiada siapa di sekeliling untuk menolong. Pada Hari Kebangkitan, semua orang akan cuba menebus sesuatu termasuklah saudara terdekatnya semata-mata untuk menyelamatkan dirinya. Namun, tiada apa yang akan diterima daripadanya:

Sedang mereka saling melihat. Orang kafir ingin kalau sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab hari itu dengan anak-anaknya. Dan isterinya dan saudaranya. Dan kaum familnya yang melindunginya (di dunia). Dan orang-orang di atas bumi seluruhnya, kemudian (mengharapakan) tebusan itu dapat menyelamatkannya. Sekali-kali tidak dapat. Sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergelojak. (Surat al-Ma'arij: 11-15)

Secara ringkas, tiada jalan lain atau tiada tempat untuk melarikan diri. Hari itu akan menjadi hari seseorang akan mengingati segala amaran yang diberikan kepadanya semasa di dunia. Namun, ia tidak akan menolongnya sedikit pun:

Sesungguhnya dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan kaumnya (yang sama-sama kafir). Sesungguhnya dia yakin bahawa dia sekali-kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya). (Bukan demikian), yang benar, sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya. (Surah al-Inshiqaq: 13-15)

Pada Hari Kiamat, neraca keadilan akan ditimbang dan tiada jiwa yang akan dianiaya walau sedikit pun. Bahkan, jika amalan itu tidak lebih daripada berat sebutir biji sawi tetap akan ditimbang. (surah al-Anbiyaa':47) Mereka yang mempunyai timbangan kebaikan yang lebih berat akan mencapai kehidupan yang gembira, tetapi mereka yang mempunyai timbangan yang ringan, tempat tinggalnya ialah api neraka. (surah a;-Qari'ah: 6-11) Allah menarik perhatian kita tentang perkara ini seperti berikut:

Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (Surah az-Zilzal: 6-8)

Ingatlah, Hari itu status, pangkat, harta benda dan anak-anak yang seseorang miliki ketika di dunia tidak akan berguna lagi. Pada hari itu, satu-satunya kreteria yang digunakan untuk membezakan manusia ialah melalui amalan mereka. Setiap manusia akan disoal sama ada dia taat kepada Penciptanya atau tidak. Pada hari itu, apabila semua perkara tersembunyi akan muncul, dan manusia tidak akan mampu menebus kesalahannya:

Pada hari dinampakkan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu suatu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong. (Surah at-Tariq: 9-10)

Perbuatan jahat, kesalahan dan fikiran yang mendustakan akan dibawa kehadapan mereka satu persatu untuk semua melihatnya. Dalam keadaan hina dan terhina, mereka yang melakukan kesalahan yang terbesar iaitu menyangkal Allah yang menciptakan dan memberikan mereka hidup, akan menunggu pengadilan mereka:

Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. Ini adalah hari, yang mereka tidak dapat berbicara (pada hari itu), dan tidak diizinkan kepada mereka minta uzur sehingga mereka (dapat) minta uzur. Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. Ini adalah hari keputusan; (pada hari ini) Kami mengumpulkan kamu dan orang-orang yang terdahulu. Jika kamu mempunyai tipu daya, maka lakukanlah tipu dayamu itu terhadapKu. Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. (Surah al-Mursalat: 34-40)

Orang-orang beriman, walau bagaimanapun akan mempunya hisab yang mudah. Mereka akan terselamat daripada ketakutan pada hari itu. Dijauhkan daripada hukuman api neraka, mereka akan mendapat nikmat syurga.

Orang yang tidak beriman juga perlu mengakui hal ini untuk memastikan dia akan bertemu dengan Hari itu. Ia tidak bermakna untuk berkata “Saya tidak akan bertemu hari itu kerana saya tidak percaya ia mungkin berlaku.” Walaupun dia tidak percaya sekalipun, dia perlu memberikannya kebarangkalian 50-50 peratus berlaku. Apabila dia mempertimbangkan betapa dahsyatnya Hari Kiamat dan azab api neraka, dia perlu berasa takut dan berusaha untuk melarikan diri darinya, walaupun kebarangkalian akan kewujudannya hanya satu peratus.

Tambahan pula, setiap jam yang berlalu membawa kita lebih dekat dengan maut, penghujung kepada kehidupan dunia dan hari itu kita akan disoal. Ini ialah penghujung yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapa. Ingatlah, hari yang apabila pendusta akan menyesal “berharap bahawa mereka adalah muslim.” (Surah al-Hijr: 2) Berkenaan orang-orang ini, Allah berfirman:

Maka rasailah olehmu (sika ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan harimu ini (Hari Kiamat); sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan. (Surah as-Sajda: 14)